0

Tip meredakan kemarahan

1. Kenangkan keutamaan orang yang dapat mengawal perasaan dan ganjaran-ganjaran yang Allah janjikan kepada orang yang menahan kemarahannya, bersifat sabar suka memberi maaf dan bersikap redha dengan ketentuan takdir Allah, Antara lain, janji Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: Bersegeralah menuju pengampunan Tuhanmu serta syurga yang luasnya adalah seluruh langit dan bumi. Itu disediakan untuk orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan pula yang gemar memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan' [Ali Imran: 133-134]

2. Ingati juga balasan yang Allah sediakan di akhirat kepada orang yang menghamburkan perasaan marah. Ketika itu diri sendiri amat menagih secebis ampunan, rahmat serta belas kasihan daripada Yang Maha Agung.Dengan mengenang hal ini kita tidak akan bersikap angkuh dan keras hati, sebaliknya lebih suka menghulurkan kemaafan dan mengasihani sesama manusia. Rasulullah saw. bersabda: 'Janganlah kamu putus-memutuskan hubungan, belakang-membelakangi, benci-membenci dan hasut menghasut. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama lain dan tidaklah halal bagi orang islam mendiamkan {tidak menegur sapa} saudaranya lebih dari tiga hari.' [Riwayat Bukhari dan Muslim]

3. Fikirkan juga akibat daripada sikap pemarah yang boleh memudaratkan diri, apabila lain turut membalas perlakuan marah kita dengan sikap yang serupa.Ingatlah bahawa sebagai hamba Allah kita tidak dapat lari daripada memiliki dan melakukan kesilapan. Begitu juga orang lain.

4.
Bandingkan diri kita yang bersikap pembengis dan sedang dibakar api kemarahan dengan seekor binatang yang buas lagi liar. Kemudian kenangkan pula peribadi para rasul, nabi, alim ulama' serta orang-orang soleh yang mulia. Maka hati kita akan terdorong untuk menjauhi tabiat binatang sebaliknya terdorong mengamalkan sikap yang diwarisi orang-orang yang mendapat kedudukan istimewa dan dikasihi Allah sebagai teladan peribadi.

5. Tanya diri kita kenapa kita harus menurutkan perasaan marah? Apa punca yang menyebabkan kita marah? Nanti kita akan sedari bahawa ia tidak lain daripada mengikut bisikan syaitan dan hawa nafsu. Dan kita insaf bahawa syaitan dan nafsu itu hanya mengajak kepada kejahatan dan kederhakaan terhadap Allah. Mengikut bisikan dan ajakan kedua-dua musuh dalam diri ini bermakna menempah padah di akhirat kelak. Dengan mengenang semua ini, kita akan dapat memujuk hati agar bersikap sabar dan pemaaf.

'Alam indah dengan kebaikan, alam kelam dengan kejahatan. alam hitam dengan kejahilan, alam tambah kusam oleh kebodohan yang disengajakan.'
0

heppy besday puteriku Nadhirah

Allah selamatkan kamu...! Allah selamatkan kamu...!Allah selamatkan kamu Nadhirah...! Allah selamatkan kamu...!!!

Selamat menyambut hari lahir ke-25 thun anak ibu..sorryla lmbat wish kat blog sebab masa besday dira pada 24 hb... rumah nenek kenduri. Lepas tu esoknya dah kepenatan...tapi

dira tentu gembira kan sebab ibu ayah afiq dengan mak lang celebrate dira makan steamboat kat Johny. Ibu sebenarnya terharu bilamana tahun ini ramai kawan-kawan dira wish walaupun ibu tahu akak sebenarnya rasa sedih sangat sebab tahun ini besday dira


tanpa insan istimewa suatu masa dulu di sisi dira. Lepas tu pulak boleh lupa lagi tarikh besday...Ini jelas menunjukkan yang ALLAH swt hendak supaya dira berfikir jalan mana yang dira harus ambil..

Sebenarnya Allah swt. sayang dengan dira..Dia dah aturkan hidup dira nanti kalau tidak dengan Ady mungkin dengan seseorang yang begitu menyayangi, mengasihi, beriman dan meyintai dira sepenuh hati dan setia hingga ke-akhir hayat. Selepas ini ibu tidak akan benarkan sesiapa menyakiti dan melukakan hati dira lagi.. Dah cukuplah hati ibu ayah dan adik-adik terluka. Percayalah dira..setiap kebaikan yang dira buat Allah swt. akan balas dengan kebaikan jua..bu percaya doa dira Allah akan kabulkan.. cuma kita sebagai hambaNya jangan putus berdoa kepadaNya..cepat atau lambat hanya Allah swt. menentukan. Amin...!!!

Ok dira...perkara yang dah berlalu jangan dikenang lagi.. Jangan dibazirkan airmata dan hapuskanlah airmatamu. Bangkit dan laluilah kehidupan dengan senyuman manis kerana dira sebenarnya seorang yang manis cantik dan menawan kalbu..he..he..he..Bergembiralah seperti dulu...kawan-kawan di luar sana pun ada pengalaman cinta yang tak jadi...tapi bu percaya ramai di antara mereka bangkit, bangun dan cuba membuktikan yang mereka bukan lemah dan mudah di perkotak-katikkan sesuka hati....

Jangan jadi sperti lilin lagi yang sentiasa menerangi orang lain tetapi kita sendiri yang terbakar.

Inilah susahnya kalau dalam hati sentiasa punyai sekeping hati yang mudah simpati kepada insan yang kehidupan mereka dibelengu kesusahan..akhirnya balasan kesedihan jua yang kita dapat..Tapi tak apalah..yang penting apa jua pertolongan yang kita beri adalah ikhlas kerana ALLAH s.w.t..dan daripada DIA jugalah kita sebagai hambaNYA akan menerima balasan baik di dunia maupun diakhirat..

'Kalau nampak air tenang kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk digali'
0

Itu Bukan Aku

Pada malam Israk Mikraj, kebiasaan penceramah akan bercerita tentang kisah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit dan lihat macam-macam siksaan yang ALLAH swt. dah sediakan untuk orang yang buat salah dan tak bertaubat, kita rasa relaks je..Sebab apa rasa relaks je? Sebab rasa bukan aku.

Wanita yang digantung dengan rambutnya, dibakar hingga menggelegak otaknya, kita dengar itu, tapi kita rasa bukan kita, orang lain. Kita dengar ada orang yang menggunting sendiri lidahnya, kita rasa bukan kita, orang lain, padahal kita kaki mengumpat jugak.

Kita dengar orang menghantuk kepala sendiri ke dinding hingga pecah sebab tak solat, pun kita rasa bukan kita padahal kita memang selalu tinggal waktu.

Macam-macam lagi kita dengar kisah daripada Israk dan Mikraj. Boleh dikatakan saban tahun kita dengar cerita yang berulang hanya disampaikan oleh ustaz yang berbeza saja. Hampir semua kita rasakan bukan kita. orang lain. Sebab itu yang kaki mengumpat masih dengan mengumpatnya, yang kaki tak solat masih dengan tak solatnya, yang kaki menipu masih dengan tipuan-tipuannya. CukuplahTipah saja yang tertipu..

Tapi kalau kita tak buat perkara-perkara yang tak okey... memang kita patut tak payah berasa itu kita. Bagus, syabas. Tapi kalau kita buat banyak perkara yang tak okey, kita patut berasa itu kita

Alahai, kita selalu lupa dan kerap tak ingat. Sebab itulah majlis-majlis ilmu macam ceramah-ceramah agama sempena apa-apalah, Israk Mikraj ke, Maulud Nabi ke dan segala macamnya tu baik sekali, patut selalu. Sebab kita ni selalu lupa..Melayu sudah lupa pun boleh..Sama je..!!

Alahai...

Jadi, tak ke kita rasa patut kita ni selalu diperingat. Tak ke patut kita ni selalu diberi peringatan. Maka beri peringatanlah kepada orang yang lalai. Selalu kita dengar kan?

Kalau anda tak sempat untuk mendengar peringatan atau mencari peringatan, maka bacalah peringatan-peringatan itu. Bacalah kitab, bacalah buku yang menceritakan kisah Israk Mikraj.

Mari kita sama-sama beri peringatan kepada diri kita sendiri. Kalau diri dah selalu beringat dan selalu diperingatkan, isteri kita macam mana? Suami kita macam mana? Anak kita macam mana? Ayah ibu kita macam mana? Jiran dan masyarakat kita macam mana? Semua itu termasuk tanggungjawab kita. Tak gitu?

Sempena sambutan Israk Mikraj, saya seru semua orang yang cuba nak ambil kesempatan atas kepercayaan orang pada dia, sedarlah hidup kita bukan lama. Kalau kita betul seorang profesional kita akan buat kerja penuh profesional. Profesional ke kalau kerjanya tukang jahit, tapi bajunya yang kita tempah tak siap sampai empat tahun, profesional ke kalau baju yang dijahit dari kain yang sama tapi bila dah siap warnanya jadi lain-lain, bajunya warna lain, seluarnya warna lain.

Macam kita ni semua kan hamba, maka kita betul buat kerja kita sebagai hamba. Kan kita ni hamba ALLAH, maka jadilah hamba ALLAH yang benar sejati. Tengoklah Firaun tu. Kita mungkin tak jadi Firaun tapi kalau menzalimi diri sendiri dengan tak laksanakan suruhan-suruhan TUHAN, macam lebih kurang je, kan?
Marilah kita sama-sama muhasabah diri dalam mempertingkatkan iman kita dan renungkanlah kata-kata ini....

'Dinia bersifat sementara, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga sementara, sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga abadi.'

0

Doa Untuk Dapat Jodoh Yang Baik

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.Ya TUHAN-ku, aku akui kekuasaan-MU, nikmat, lagi rahmat, buat diriku tak terbalas olehku, ya ALLAH.

Ya TUHAN-ku,hamba-MU ini mensyukuri nikmat yang KAU beri, umpama rezeki melimpah ruah, ya ALLAH. Alhamdulillah.

Dengan rahmat-MU, Ya ALLAH, KAU pertemukan kami, maka satukanlah hati kami, titipkanlah rindu antara kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas, peliharalah kami ya ALLAH, dari bisikan iblis yang datang menggoda, agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama.

Ya RAHIM, permudahkanlah jalan jodoh kami, serta dipermurahkan rezeki kami. Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmat-MU, Ya ALLAH, lagi, sinarilah hati kami
dengan nur iman yang bergemerlapan, agar kami tidak hanyut dengan godaan dunua, yang hanya pinjaman semata.

Amin, amin. Ya Rabbil Alamiin.

Kepada putera dan puteriku dan sesiapa saja yang teringin mencari jodoh yang baik amalkanlah doa ini ye untuk mententeramkan hati yang mengelocak. Kerana perasaan cinta memang begitu indah untuk dinikmati tetapi menyimpan seribu misteri. Ia juga menyimpan banyak tanda tanya. Maklumlah cinta meskipun bersatu, ia milik dua individu, kadang-kadang tiga atau lebih apabila salah seorang tidak jujur dalam percintaannya itu.

Dalam mendambakan cinta yang tulus mulus, kita memang perlu banyak bergantung pada ILLAHI.... sebab hanya TUHAN yang mengetahui seluruh isi hati. Kita hanya dapat menduga berdasarkan perspektif kita yang dangkal itu. Kadang-kadang kita benar tapi sebaliknya kita tersilap. Firasat kita dibauri nafsu dan ini selalunya menyebabkan pandangan kita menjadi kelabu hingga tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.

Ketika berumah tangga nanti jangan menyesal bila tersalah pilih.
Semua yang anda tidak sangka terhadap dia benar-benar terjadi di hadapan anda.

Hendak salahkan siapa? Salahkanlah diri sendiri kerana terlalu menurut nafsu tatkala memilih...Berhati-hatilah ketika memilih..rajin-rajinlah berdoa agar dapat pasangan yang baik dan beriman kerana kita akan hidup bersamanya selagi hayat dikandung badan.
1

Laa...Suprise Lagi...

Bangun dari tido pagi tadi entah kenapa hati rasa hepy sesangat. Lepas solat subuh terus buka laptop coz teringin nak dengar bacaan quran imam Masjidil Haram Mahar Makili. Terasa menusuk kalbu apabila mendengar bacaannya. Terasa rindu untuk bertamu di rumah Allah swt sekali lagi.

Jam 8 saya pun turun nak kemas rumah coz kejap lg kelas al quran akan bermula.. Tiba-tiba suami tercinta buat surprise lagi.. Kali ni...dia berikan saya hadiah dan kad besday. Saya ingat dah tak ada hadiah lagi sebab dah bagi bunga.Saya pun bukalah hadiah..

Wow!!! bestnyer...dapat handpone!!!

Terubat rasa hati sebab handpone saya dah bagi pada acap...kesian dia handpone rosak masuk air masa main ombak di Port Dickson.. Terima kasih wahai suamiku atas pemberian hadiah yang begitu berharga.. jua atas keprihatinanmu yang begitu memahami diriku. Pasni rajin2la bagi hadiah ye.. Tak kiralah besday ke atau anniversary..he..he..he..

Ya Allah, rahmatilah rumahtangga kami dgn kasih sayang yang berpanjangan.Amin!!

Maafkanlah dengan Ikhlas...

Memohon maaf amat mudah semudah menutupkan bibir atas dan bawah. Tetapi semudah itukah hati yg terluka mahu memaafkan?Inilah persoalannya.. Memberi maaf berat bagi yang tidak redha, namun menyimpan dendam dilubuk hati yang dalam juga sebenarnya satu beban malahan lebih berat dan perit lagi.. jika anda trus menyimpan dendam itu sebagai dendam kesumat..

Menghuraikan dendam dengan maaf adalah sebaik-baik tindakan. Hati menjadi tenang dan orang yang menyebabkan jiwa kita bercelaru juga mungkin mendapat menfaat daripada permaafan yang kita hulurkan secara ikhlas. Amalan memaafkan ini juga adalah amalan murni untuk membersihkan hati.

Namun bagi orang yang berhadapan dengan situasi sebegini akan berkata...'Cakap memang senang'....cuba diri sendiri yang alami.... barulah tahu.'

Kita faham.... bagi mereka yang disakiti, dianiaya dengan melampau sehingga mengalami trauma dalam jiwa atau terdera mental atau fizikalnya, memaafkan atau mengampunkan dosa, orang yang menyebabkan keadaannya jadi begitu adalah sesuatu yang amat sukar. Umpama dipaksa menelan duri dan api. Sakit dan menyakitkan.

Pun begitu, sudah disebut dalam al-Quran, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Ubat untuk menyembuhkan rasa sakit hati adalah
MEMAAFKAN. Ini sudah diulang berkali-kali oleh para nabi, para ulama' dan pakar psikologi mahupun pakar motivasi. Memaafkan seseorang yang menyebabkan kelukaan di hati kita, adalah penyembuh paling ampuh. Jiwa akan terasa ringan. Biarkan kesan luka itu diubati oleh masa. Masa akam merawatnya tanpa kita sedar. Marilah kita sama-sama saling maaf dan memaafkan sesama insan. Jangan tunggu hari raya, takut tak kesampaian...Sedangkan Allah swt. boleh maafkan hambaNya, Nabi maafkan umatnya, mengapa kita tidak boleh...Janganlah jadi manusia yang sombong di muka bumi ini.

'Seorang manusia adalah amat mulia selama mana dia merasakan dirinya hamba dan seorang manusia adalah amat hina apabila dia merasakan dirinya bukan lagi hamba'
0

hepy besday

Aduii...malasnya nk update blog arini...al-maklumla dh lama menyepi. Tapi bila mengenangkan smalam besday saya terpaksala kuatkn smangat...

wake up!!..wake up liza..!!! hehehe..

Wokey first saya nk ucapkn ribuan terima kasih kpd suami tersayang dan putera puteriku kerna meraikan besday saya kt restoran BIG PLATE. Hmm...sdapnya makan steak..syukur nikmat pada Allah swt. Kenyang giler dibuatnya..dh kira makruh ni mkan sampai kenyang. Tapi xpela ye..cekali2 hehehe. Kepada lina makcik ucapkan terima kasih kerna turut sama celebrate makcik dan buatkan makck kek lapis sarawak..n kepada ady pule bila dah gaji nanti bolehla belanja makcik mkan ye..ingat xdulu masa ady bru dpt keje tutor kn makck nk ady blanja roti canai.. Tapi itu semua cerita lama..mungkin ady dah lupe kot.

Opps!!! lupe pulak nk crita pasal suami tercinta ni.. Pagi semalam lepas solat subuh saya hairan nape la my hubby tak balik lagi dari solat subuh di masjid..so saya turunla nak wat breakfast. Saya pelik nape bilik belakang terang. Saya pn mengintaila dalam bilik. Laa..rupe2nya suami saya. Kami sama2 terkejut... kih..kih..kih

Saya tanya abang wat pe kt bilik. Selamba je dia kata saja cari barang. Ooh!!! kalo gitu xpela saya nk wat sarapan dulula..saya pn sibukla kupas pisang.... tiba2 jeng..jeng...jeng... Cik abang saya nyanyikn lagu heppy besday kuar dari bilik sambil memegang jambangan bunga ros merah dn putih. Aduh..tersentuh rasa hati gembira tak terkira atas ingatannya dan susah payahnya meredah pagi membeli bunga buat isterinya..yg di sorok dlm bilik belakang. Nak wat suprise la katakn..

Hai..sedihnya usia dh mncapai 48 thn ni. Azam ku ingin mempertingkatkan amalan akhirat dan berusaha untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Terima kasih sekali lg pd suami, anak-anak, lina dan ady atas ingatan anda semua. Moga Allah swt. sentiasa memberkati dn merahmati kita semua, amin ya robbal alamin...
0

melerai dendam dhati

Penyakit dendam ini boleh dkategorikn sbg penyakit serius atau kritikal jk ia sampai merosakkn orang lain. Bagaimanapn seteruk mana keadaannya, Allah swt. tetapkn bahawa penawarnya juga amat mudah. Takperlukn doktor pakar anda sendiri boleh menyembuhknnya hanya dgn satu kalimat,'MAAF' maka segala dendam dhati akan terlerai..

Sempena menyambut bulan ramadan yg hampir tiba marilah kita gunakan ia utk melerai dendam. Jangan simpan dhati kerna bimbang ia semakn parah.membusuk dn akhirnya boleh merosakkan keseluruhan iman kita.bg saya seseorang yang menyimpn dendam terhadap orang yg menyakiti hatinya xubah seperti sengaja menyimpan bara dhati. Kalaulah kita boleh membuka diri dn memahami setiap manusia xterlepas dr melakukn kesalahan dn kesilapan, sudah pasti kita akan mampu menghulurkn kata maaf dr hati yg suci, kerna kita sendiri pn kadankala xterlepas drpd melakukn dosa.

Menghulurkn maaf...bukn saja boleh membersihkn hati tp mampu menyembuhkn segala rasa terbeban yg bersarang djiwa kita selepas kita melafazkn maaf i2 secara ikhlas. Apabila hati rasa lega jiwa pn akan tenang dn syaitan pn terpaksa angkat kaki.

Sebenarnya dendam juga akn menyemarakkan rasa marah. Kemarahan i2 akn mewujudkn kebencian kita terhadap sesama manusia.selain i2 ia juga akn meniupkn api permusuhn di antara anak2 Adam. Adakah kita mahu tergolong dlm golongn i2?

Marilah kita bebaskn diri kita dr bebanan dendam ini. Akan timbul kelegaan selepas memaafkn seseorang yg telah menyakiti hati atau yg pernah berdosa pd kita akan menaikkn mertabat kita sbagai hamba Allah swt. dn umat Nabi Muhammad saw.

Wahai muslimin muslimat sekelian, hulurkan tangan, berikan salam dn katakan maaf. Saya pasti langkah pertama ini pasti akan memberikan kesan atau terapi yg amat mujarab kpd diri anda. Nikmatilah rasa lega i2 ....dan insyAllah....doa anda selepas i2 pasti tiada halangan lg kerana dendam dhati kita sudh terlerai.....

'HANYA ORANG2 YG SABAR MEMANDANG DUNIA INI DGN JELAS...'
DAN
'YANG ELOK ITU BUDI'
0

18 keistimewaan jd wanita

1. Doa wanita i2 lbih makbul drpd lelaki kerna sifat penyayang lbih kuat dr lelaki spertimana sabda Rasulullah saw. 'ibu lbih penyayang dr bapa dan doa orang yg penyayang xakan sia2.'

2. Wanita solehah lbih baik dr 1000 lelaki lelaki yg soleh.

3. Barangsiapa yg mengembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama seorang yg sentiasa menangis kerana takutkn Allah swt. dn dharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barangsiapa membawa hadiah atau barang makanan ke rumah lalu dberikan kpd kluarganya pahalanya spt bersedekah.hendaklah mendahulukn anak perempuan dr anak lelaki.maka barangsiapa yg menyukakn anak perempuannya seolah2 telah memerdekakn anak Nabi Ismail.

5. Syurga i2 dbawah telapak kaki ibu.

6. Apabila memanggil akan dirimu 2 orang ibu bapamu maka jwablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

7. Drpd Aisyah ra.'barangsiapa yg di uji dgn. sesutu drpd anak2 perempuannyalalu dia berbuat baik kpd mereka maka mereka akn jd penghalang baginya dr api neraka.

8. Wanita yg berkhidmat kpd suaminya akn tertutuplah pintu2 nereka dn terbuka pntu2 syurga dn masuklah dr mana2 pntu yg dia kehendaki dgn tidak dihisab.

9. Wanita yg taat kpd suami maka smua maka semua ikan2 dlaut dn burung2 di udara,malaikat dlangit, matahari dn bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kpd suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

10. Aisyah ra. berkata 'Aku bertanya kpd Rasulullah saw. siapakah yg lebih bsar haknya terhadap wanita..jwab Rasulullah saw. 'Suaminya' 'siapa pula berhak terhadap lelaki...jwab Rasulullah saw. 'Ibunya'

11. Perempuan apabila solat lima waktu puasa ramadan,memelihara kehormatannya serta kpd suaminya masuklah dia dr mana pn2 syurga yg dia kehendaki.

12. Tiap perempuan yg menolong suaminya dlm urusan agama maka Allah swt. memasukkan ia ke dlm syurga terlebh dahulu drpd suaminya [10,000 thun]

13. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah swt. mencatatkn baginya setiap hari dgn 1000 kebajikan dn menghapuskn darinya 1000 kejahatan.

14. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin maka Allah swt. mencatatkn baginya pahala orang yg berjihad pd jalan Allah swt.

15.Dan apabila dia melahirkan anak kluarlah dia dr dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya

16. Dan apabila anak itu disusui maka bg ibu itu setiap satu tegukan drpd susunya diberi satu kebajikan.

17. Apabila semalaman seorang ibu tak tidur dn memelihara anaknya yg sakit maka di beri pahala spt memerdekakn 70 orng hamba dgn ikhlas utk membela agama Allah swt.

18. Jika wanita hamil meninggal semasa hamil Allah swt. memberi jaminan kpd yg bersangkutan mendapatkn syurga sebagaimana janji yg Allah swt berikan kpd kaum lelaki yg mati syahid dmedan perang utk membela agama.kedudukan yg dmikian tinggi bg wanita yg meninggal saat melahirkn menunjukn betapa besar harkat yg Allah swt dn Rasul Nya berikan kpd kaum wanita.

Alangkah bertuahnya anda yg bergelar sbg seorang wanita. Oleh i2 banyakkanla bersyukr dn bersabar dlm menghadapi liku2 dlm kehidupan ini....
1

warkah untuk ady

Waaarghh!!!!
Malasnya la nk tulis blogni mata dh ngantuk biasala....suke tido siang.ni pun cz pikr dah lama tak update...k pertamanya rase belum trlmbat nk ucap tahnia wat ady kerna berjaya menggapai cita2 menjadi pensyarah. Syukr nikmat pd ALLAH swt kerna telah memudahkan rezeki dn mengabulkan doa ady dn kuluarga juga dari dira dan makck..

Terkadang fikiran mengelamun dan hati berkata2...seandainya tiada perpisahan antara adyra ibu adalah insan yg paling gembira dgn berita ini..kerna dgn status ady yg dah bekerja akan mempercepatkn mereka dsa2kan sbg suami isteri...

Tapi kini smua dah berlalu...semua hanya tingal kenangan..
Kepada ady..ribuan maaf dr mkck seandainya selama ini bnyak perkara ady terpakse lakukan untuk dira semata2 kerna makck..mkck terpaksa ady....demi memulihkan semangt dira ketika i2..mkck faham cinta bukn paksaan..mgkn ady sekarang sudah temui cinta yg tak kesampaian sebelum pertemuan dgn dira..sudah tentu ini amat membahagiakn ady. Mkck minta maaf di atas kekurangan dira yg serba sederhana yg mungkin tak dapat memenuhi citarasa ady utk dijadikn pasangan hidup..mkck juge bersyukur akhirnya ibu ady telah maafkan dira malah mahu hubungan silaturrahim diteruskn dgn panggilan ibu seandainya tiada jodoh.. Tapi bg phak makck ady mgkn makck tak mampu..andainya jodoh ady bukn ngn dira mkck sekeluarga juge dira terpakse mengundur diri pergi jauh dr hidup ady. Mkck lakukn ini semata2 untuk kebhagian ady dn juge bg menjaga perasaan pasangan masing2..Walaupn sedih mkck terpakse lakukn smua ini..

Kepada dira..sentiasa kuatknla semangtmu demi mengharungi masa dpanmu.. Janganla menangis lg..cinta bukan untuk dpaksa..janganla mengejar cinta lg..ibu tkut dira kecundang lg..kerna cinta menjadikn manusia separuh gila dn apabila cnta bermasaalh dia akn benar2 menggilakn..ikutlh mcm ibu ber2nang dulu br bercnta..i2 lg indah sebenarnya..nantila kalo 2atau 3 buln ni dira ok..bu ayah akn ziarh saudara jauh yg pernh dtg umah mase akak tgh bersedh dgn perpisahn..mereka ade berkias2 nk kenenkn akak ngn anak mereka yg sebaya n satu sek meng ngn akak..cume matrik je lain..kt melaka..i2 pn kalo dira setuju..kepada ady..moga sukses dlm karier dn jgn lupe jalnkan tangungjwb bantu keluarga.

Segala budi baik ady pd makck akn tetap makcik kenang dan terima kaseh juga dari mkck kerna pernah membahagiakn dira walaupn hnya seketika...
0

keletihan

hari ni acap dmam tersangtla panas..dah bawa ke klinik so ibu xdptla nak membaitkan bicara dlm blog ini..aduhai pnatnyala arini jaga acap sebelumnya jaga dira sekarang giliran ibu pulak...dah naik seram sejuk badan...tekak dah rase perit..harap2 jgnla menjagkit kt ibu..mengundur diri wat seketika..
0

Detik Kegembiraan

Hari ini merupakan hari yang mengembirakan hati kerana puteri ibu telah beransur sihat setelah menempuh berbagai keperitan dan kesukaran demi sebuah cinta yang begitu tragis.

Kedua, ibu gembira kerana akhirnya impian ibu ingin mempunyai blog sendiri tercapai.....Almaklumla baru belajar dalam benda siber ni.....bestnya!!!!! pasni ibu bolela luahkan perasaan ibu.. Wahai para ibu jgnla bca blog je..jom blaja buka blog sendiri walaupn usia di ambang senja..hehehe..
 
Copyright © dingin salju