Menghuraikan dendam dengan maaf adalah sebaik-baik tindakan. Hati menjadi tenang dan orang yang menyebabkan jiwa kita bercelaru juga mungkin mendapat menfaat daripada permaafan yang kita hulurkan secara ikhlas. Amalan memaafkan ini juga adalah amalan murni untuk membersihkan hati.
Namun bagi orang yang berhadapan dengan situasi sebegini akan berkata...'Cakap memang senang'....cuba diri sendiri yang alami.... barulah tahu.'
Kita faham.... bagi mereka yang disakiti, dianiaya dengan melampau sehingga mengalami trauma dalam jiwa atau terdera mental atau fizikalnya, memaafkan atau mengampunkan dosa, orang yang menyebabkan keadaannya jadi begitu adalah sesuatu yang amat sukar. Umpama dipaksa menelan duri dan api. Sakit dan menyakitkan.
Pun begitu, sudah disebut dalam al-Quran, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Ubat untuk menyembuhkan rasa sakit hati adalah MEMAAFKAN. Ini sudah diulang berkali-kali oleh para nabi, para ulama' dan pakar psikologi mahupun pakar motivasi. Memaafkan seseorang yang menyebabkan kelukaan di hati kita, adalah penyembuh paling ampuh. Jiwa akan terasa ringan. Biarkan kesan luka itu diubati oleh masa. Masa akam merawatnya tanpa kita sedar. Marilah kita sama-sama saling maaf dan memaafkan sesama insan. Jangan tunggu hari raya, takut tak kesampaian...Sedangkan Allah swt. boleh maafkan hambaNya, Nabi maafkan umatnya, mengapa kita tidak boleh...Janganlah jadi manusia yang sombong di muka bumi ini.
'Seorang manusia adalah amat mulia selama mana dia merasakan dirinya hamba dan seorang manusia adalah amat hina apabila dia merasakan dirinya bukan lagi hamba'
1 comments:
yupppp...hati rasa ringan..bebanan terasa berkurang bile kite da sepenuhnya memaafkan...malah kita boleh lagi mendoakan kesejahteraan dirinya. siapa sangka kan?...syukur pada Illahi kerana pada akhirnya Dia bukakan pintu itu.
Post a Comment