heppy besday puteriku Nadhirah

Allah selamatkan kamu...! Allah selamatkan kamu...!Allah selamatkan kamu Nadhirah...! Allah selamatkan kamu...!!!

Selamat menyambut hari lahir ke-25 thun anak ibu..sorryla lmbat wish kat blog sebab masa besday dira pada 24 hb... rumah nenek kenduri. Lepas tu esoknya dah kepenatan...tapi

dira tentu gembira kan sebab ibu ayah afiq dengan mak lang celebrate dira makan steamboat kat Johny. Ibu sebenarnya terharu bilamana tahun ini ramai kawan-kawan dira wish walaupun ibu tahu akak sebenarnya rasa sedih sangat sebab tahun ini besday dira


tanpa insan istimewa suatu masa dulu di sisi dira. Lepas tu pulak boleh lupa lagi tarikh besday...Ini jelas menunjukkan yang ALLAH swt hendak supaya dira berfikir jalan mana yang dira harus ambil..

Sebenarnya Allah swt. sayang dengan dira..Dia dah aturkan hidup dira nanti kalau tidak dengan Ady mungkin dengan seseorang yang begitu menyayangi, mengasihi, beriman dan meyintai dira sepenuh hati dan setia hingga ke-akhir hayat. Selepas ini ibu tidak akan benarkan sesiapa menyakiti dan melukakan hati dira lagi.. Dah cukuplah hati ibu ayah dan adik-adik terluka. Percayalah dira..setiap kebaikan yang dira buat Allah swt. akan balas dengan kebaikan jua..bu percaya doa dira Allah akan kabulkan.. cuma kita sebagai hambaNya jangan putus berdoa kepadaNya..cepat atau lambat hanya Allah swt. menentukan. Amin...!!!

Ok dira...perkara yang dah berlalu jangan dikenang lagi.. Jangan dibazirkan airmata dan hapuskanlah airmatamu. Bangkit dan laluilah kehidupan dengan senyuman manis kerana dira sebenarnya seorang yang manis cantik dan menawan kalbu..he..he..he..Bergembiralah seperti dulu...kawan-kawan di luar sana pun ada pengalaman cinta yang tak jadi...tapi bu percaya ramai di antara mereka bangkit, bangun dan cuba membuktikan yang mereka bukan lemah dan mudah di perkotak-katikkan sesuka hati....

Jangan jadi sperti lilin lagi yang sentiasa menerangi orang lain tetapi kita sendiri yang terbakar.

Inilah susahnya kalau dalam hati sentiasa punyai sekeping hati yang mudah simpati kepada insan yang kehidupan mereka dibelengu kesusahan..akhirnya balasan kesedihan jua yang kita dapat..Tapi tak apalah..yang penting apa jua pertolongan yang kita beri adalah ikhlas kerana ALLAH s.w.t..dan daripada DIA jugalah kita sebagai hambaNYA akan menerima balasan baik di dunia maupun diakhirat..

'Kalau nampak air tenang kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk digali'

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © dingin salju